Tuesday, November 9, 2010

najis rokok?

hueee..

today aish nak post kan entry yang bukan aish tulis,
tp aish amik dari fb sorang kawan..ni note yang beliau tag kan tuk aish..
.
.
.
well, aish ta cuke lelaki perokok!
sgt
ta cuke hoke!
huhhh!
.
.
.
Merokok adalah haram disisi Islam.Namun haram merokok tidaklah pula haram secara mutlak seperti haram berzina,haram mendedahkan aurat,haram berjudi dan lain2 lagi.Kerna haram bagi contoh2 tersebut adalah secara mutlak iaitu haram secara ijma'(kesepakatan semua ulama muktabar tampa berbeza pendapat).Namun haram rokok mempunyai sedikit khilaf(perbezaan) ttngnya dikalangan alim ulama.Maka haramnya bukanlah secara mutlak.Disebabkan haram rokok bukanlah secara mutlak krna ada yg menyatakan makhruh maka sekurang2nya ianya telah tergolong dalam dosa2 kecil.Namun harus diingatkan,memandang dosa kecil sebagai suatu yg remeh,atau perkara yg boleh diabaikan hukumnya adalah berdosa besar pula.Kerna hukum memperkecilkan dosa kecil adalah dosa besar.Jadi dosa kecil merokok tidak pula boleh dipandang kecil.Malah bahaya dosa kecil jgk boleh bertukar menjadi dosa besar.Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan.

Contoh negara yg cenderung kpd pendpt makhruh adalah negara Jordan.Namun Arab Saudi lebih cendeung kpd pendpt Haram.Jika demikian pendpat manakah yg lebih benar???Sebenarnya 2-2 adalah benar.Namun semestinya bagi perokok maka pendapat dari Jordan lah lebih diterima pakai.Cara pemiilihan berkenaan pendpt alim ulama sebenarnya mesti mengikut aturannya.Krna rmi alim ulama dan jg fatwa dari tempat kita menyatakan haram,jd knp kita mesti berpegang kpd fatwa makhruh dr luar sdngkan kita bknlah berada di negara tersebut.Jika demikian tidak perlulah ulama2 di tempat kita berishtihad(membuat kajian menurut islam)berkenaan hukum ini lagi.

FATWA DALAM NEGARA YANG MENYATAKAN HARAM MEROKOK :

1. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

2. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

3. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

4. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

5. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

6.Kesepakatan dp kesatuan pondok2 negeri kelantan jg turut menyatakan merokok adalah haram di sisi Islam.

FATWA DI LUAR NEGARA YG MENGHARAMKAN ROKOK:

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

(bermula dr no.3-no.4,dan rumusannya,ianya dipetik dari laman web ustaz zaharuddin)
 3.Ulama kontemporari yang mengatakan HARAM adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah

 4.Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)

Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )

hoke,
sume da baca
so hope taw nak pikir
nasihat aish buat si perokok tegar,
sile benti!!!!!!!!!!!
skalipun xharam
sgt2 xde faedah!

nota kaki;
credit tuk superb incik syahmim a.k.a syahbandar..
tq incik! :)
tq gak sllu tag aish tuk note2 incik yg sgt bguna ituu..

No comments: