Thursday, November 11, 2010

kewajipan wanita ke masjid...

 hueeee
 moh baca niii..
info yg sgt bguna tuk kaum hawa sume
.
.
.
Berdasarkan pendpat alim ulama wanita lebih afdal solat di rumah berbanding di masjid.namun jika ada majlis ilmu agama di masjid,dan pada masa itu wanita tersebut masih lagi jahil tentang agama,maka WAJIB bg mereka ke masjid untuk belajar agama.Jika sengaja meninggalkannya sdngkn dia masih jahil agama,maka telah FASIK akan golongan ini(huraian ulama)..yg dikatakan tidak afdal itu cuma dlm konteks solat berjemaah dimasjid shja,tidak termasuk belajar/mendengar kuliah agama di masjid.mungkin huraian sy ini memberikan seribu persoalan kpd wanita.jd sy cuba terpeincikan lagi persoalan tentang hal ini kpd Ustaz Azhar Idrus.Dan hasilnya ini lah jawapan ustaz.muga ianya memberikan manfaat kpd pihak wanita amnya.

Seperti yg biasa dijelaskn mana2 ustaz,wajib bg umat islam lelaki dan perempuan tidak terkecuali untuk datang ke masjid/surau untuk belajar agama.:

soalan1-bagaimana jika perempuan tersebut tidak bersuami.dan tiada pula ahli keluarganya untuk menemaninya pergi ke surau/masjid.maka wajib jg kah untuk mereka pergi ke masjid sorang2..
jawapan1-Wajib pergi seorang diri jika aman dr fitnah.

soalan2-bolehkah perempuan2(contohnya pelajar2 yg berjauhan dngn keluarga)yg tidak berkahwin pergi seorng diri ke masjid untuk belajar agama jika tiada kwn yg ingin ikut?
jawapan2-YA

soalan3-bolehkah mereka pergi dengan kawan2 perempuan mereka sahaja?
jawapan3-boleh ditemani olih kwn wanita.

soalan4-memadaikah seseorng perempuan itu cuma belajar agama melalui kuliah2agama melalui internet/mp3 shja,baca buku2 agama,dan kuliah2 agama ditv shja.dan mereka tidak pergi ke masjid untuk belajar agama..sudah terlepas kah kefardhuan keatas mereka.
jawapan4-Ya. Sudah memadai JIKA mampu memahami segala pelajaran.

maka jawapan ini menunjukkan tiada alasan lg untuk wanita tidak pergi ke masjid walaupun sorng2 ataupun dngn kawan kerna di benarkan syarak jika ingin belajar agama..berhubung pergi kemasjid kdng2 ada yg men andaikan dngn alasan pelik2 katanya berbahaya,takut itu,takut ini sbb status perempuan.cuba bayangkan,bagaimana jika si perempuan itu boleh kepasaraya,keluar bekerja,keluar rumah sorang2 berjumpa kekasihnya,berjogging di taman,menonton wayang,ke bazar ramadhan dll lg,tp kenapa bila masuk bab belajar agama di masjid maka bnyk pula kebimbangn yg cuba diwujudkn.seolah-olah pula masjid suatu tmpt yg tidak selamat untuk pergi berbanding dr tmpt2 lain yg biasa dijejak.

nota kaki;
utk kite jenguk2 bersama..
sumber dari incik syahmim a.k.a syah bandar :)

No comments: